MYRACLES BEAUTY


KORANG PERNAH DENGAR PRODUK MYRACLES BEAUTY TAK??BAGI YANG PERNAH DENGAR MESTI TAHU KAN..PRODUK NI MEMPUNYAI SATU SET IAITU PENYEMBUR DAN SABUN,,,SHAZ DAH PAKAI 3 SET...DALAM 6 BULAN TEMPOHNYER...OKLAH, 1 SET TAHAN 2 BULAN...NAK TENGOK PERUBAHANNYA??DEKAT BAWAH ADA GAMBARNYER...KORANG NILAI LAH SENDIRI BERUBAH ATAU TAK....SHAZ PON TAK YAKIN SGT ....TAK DER SAPE YANG PUJI PON...HIHIHIHI...BUKAN NAK HARAP PUJIAN PON...TAPI CUKUPLAH SEKADAR WAJAH DAN KULIT TAK KUSAM LAGI.....APA YANG PENTING SHAZ BUAT NI SEMUA UNTUK SUAMI SHAZ JUGA KAN...HEHEHE




MACAMANER????
KOMEN PLEASE....



BAKRY SHAFIE KE RAHMATULLAH...


Sedih sangat semalam dapat berita yang mengatakan sahabat lama semasa kerja di Shangrila Putrajaya dahulu meninggal dunia pada 26.02.2013, jam 3.00pm semalam....
Kemalangan mengakibatkan dengan Lori...shaz tak tahu sangat bagaimana kejadian itu berlaku, tetapi ada yang mengatakan besi tertusuk dekat hati....Ya Allah.. tak dapat nak bayangkan, bagaimanakah ketika itu....hanya Allah sahaja yang tahu.....
Kejadian berlaku di semenyih, simpang Haneco...shaz pon tak tahu kat mana sebenarnya..sebab blom pernah pergi....
Apa yang pasti arwah sangat baik orangnya.....banyak membuatkan orang tersenyum....




Hari ini tanggal 26hb Februari, 2013 telah perginya seorang insan untuk menghadap Yang Maha Pencipta.... 
Alhamdulillah....segala urusan pengkebumian telah selamat dijalankan di Tanah Perkuburan Semenyih...
Kepada semua insan yang mengenali beliau...sedikit renungan untuk diri ini dan semua....



1) Sekiranya arwah pernah BERHUTANG..maka HALAL kanlah....
2) Sekiranya arwah pernah beri PINJAMAN...maka PULANG kanlah kepada waris beliau...
3) Sekiranya arwah pernah MENYAKITI dan MENZALIMI...maka LUPA dan REDHA lah...
4) Sekiranya arwah pernah MENGAJAR ILMU...maka MANFAAT kanlah...
5) Sekiranya arwah pernah MENUNTUT ILMU...maka BANTU dan PERMUDAHKAN dalam urusan kubur...
6) Sekiranya arwah pernah MELUPAKAN....maka SENTIASA INGAT untuk sedekahkan Al Fatihah...
7) Sekiranya arwah pernah menjadi MUSUH...maka SEMAT dalam setiap hati untuk berdoa kepadaNya...
Oleh itu marilah sama sama kita mendoakan yang terbaik untuk arwah dan semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada keluarga beliau.... Al Fatihah 3 kali...amin

DON'T JUDGE TO QUICKLY

BIASALH KEHIDUPAN MANUSIA NI....KALAU APA YANG KITA NAMPAK DAN DENGAR...TAPI TAK TAHU CERITA SEBENAR....MACAM INILAH JADINYER.....
HARU HARU...


TAK PASAL PASAL KENA TUDUH BUNUH KUCING...HIHI


DOKTER BUNUH PESAKIT...HIHIHI  ...I KILL HIM..

DIA MAKAN NAJIS ANJING???...OH NO..


MELANGGAN &^%$#@*.....HAHAHAHA..



KAN SUSAH NAK EXPLAIN....HUHUHU

Gelagat Syaitan Di majlis Kenduri


 Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. 

  Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak. 


  Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang... Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? 

  Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala
botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki.. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan. 

  Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi. 

  Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman. 

  Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang 
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah 
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar. 

  Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening... Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya. 

  Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan. 

  Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki.. 

  Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai. 

   Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia. 

  Tok Dahaman dan isterinya yang memandang 
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada 
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu. 

  Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri. 

  Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
dengan bapa syaitan tersebut. 

  Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. 

  Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka. 

  Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah. 

  Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. 

  Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek. 

  Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan. 


  Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH. 

  Wallahu a ' lam 


  MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN

SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH. 


  semoga hari ini lebih baik dari semalam. 


  Wallahu a ' lam

How to sleep at work











BESTNYER FLYING COASTER..


Akhirnyer Shaz berjaya jugak menaiki Flying Coaster.....hahahaha....beratur punyalah panjang nak dekat sejam.....nak jugak naik...peduli apa....nak hilangkan rasa takut ni...nak naik jugak...biar kan beratur panjang....
 Masa ni memula nak naik....





SUAMI SHAZ YG TANGKAP GAMBAR NI....DIA TAK SIHAT PLAK KALI NI...TU YG X DER MOOD NAK NAIK..

SHAZ NAIK NGAN ANAK BUAH JER....






Memula tu gerun gak nak naik....Tapi bila dah naik..serius memang best gilak...terasa gak jadi superman.....hihihi...sebab mender ni kita kena baring....kurang lah skit tekanan kat perut tu...hihi...


KEGILAAN ST12 DAN SETIA BAND.....


Oh No....tidak...kenapa aku boleh minat band indonesia ni.....????..susah sebenarnyer untuk aku minat band indon ni....jarang sgt...kalau minat pon lagu jer....fanatik giler skang ni dengan setia band...

Setia band adalah kumpulan baru hasil dari pepecahan st12....ST12 telah berpecah...maka terhasillah SETIA BAND...Charly penyanyi ST12 telah menubuhkan SETIA BAND dan dianggotai oleh Pepeng (Gitar) dan Irsa (Drummer)....
Mula mula tak kenal jugak penyanyi ni....sajer dgr kat you tube...lagu first yang dengar tajuknya TERLALU INDAH....



Pertama kali dengar...macam best jer...x pnah dengar pon nama kumpulan ni.....tgk penyanyi pon boleh tahan...hehehehe...lepas tu engar plak lagu ASMARA ni....



OK jugak...bagi yang jiwang mcm shaz ni boleh lah masuk lagu2 macam ni.....tapi kalau yg x boleh tu...boleh blah lah yer..hahahahhaha

Lepas tu terdengar plak salah satu lagu ST12...tapi x ingat plak lagu apa....suara mcm samer jek kan...ye lah tgk penyanyi pon samer....baru tahu yang kumpulan yang sama......
Apalagi teruslah shaz cari lagi lagu2 yang best...sbb yang cipta lagu kumpulan ni penyanyi tu sendiri...jadi mesti banyak lagu yg best....ok bgi yg agak2 minat ngan jiwang ni...sini shaz letak lagu2 dari ST12 dan setia band yang best best....so layan...


TERLALU - ST12


BIARKAN AKU JATUH CINTA - ST12


AKU TERJATUH - ST12



Yang ni diantara lagu paling shaz suka...
Banyak lagi lagu yang best boleh tgk kat You Tube tu....so korang boleh cari ...


P/S ;- sampai suami shaz perli...awak ni nak jadi orang indonesia ker???.... hihihi..aptb..




COMELNYER EMMA MA'EMBONG

Rasanya jarang nak jumpa artis yang sangat sangat cantik....kalau ada pon sebab make up jer.....tapi lain betul ngan emma ni...suka sgt tgk muka dia...cute habis...
rasanya fasha sandha pon kalah...

JOM LAYAN GAMBAR EMMA NI DULU...KALAU KORANG TAK CAYER..


Biodata

Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
Nama Glamor: Emma Ma'embong
Umur: 20 (2012)
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Twitter: emma_maembong
Facebook: Emma Ma'embong






























GAMBAR NI PALING SUPER CANTIK.....

MENGEMAS HOSTEL..


Praktikal baru nak sampai........oh tidakkk.....oh..okkkkk...
hihihi macam macam hal kan....
dah hampir setahun tinggalkan hostel yg tak berkemas...
praktikal baru nak masuk hari ini....20.02.2013

2 hari lepas adalah proses mengemas hostel....
agak bz jugak... betulkan apa yang tak betul...
almaklumlah yg nak datang ni dari indonesia...
nanti tak pasal2 dia bawak kata2 tak elok pasal negara kita kan....hihihi
tak mahu macam tu....
sebagai pengurusan kita haruslah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pelatih....lagipon mereka datang untuk belajarkan...bukan untuk bekerja....


BAJU SAPER NI???... TOLONG HAMBEEKK BALIK...!!!

NI KEADAAN YG BELOM BERKEMAS...

INI KATIL YG BELOM DISUSUN TEMPAT....TILAM PON TAKDER LAGI...

STICKER SEMUA MESTI DICABUT

BAHAGIAN DAPOR YG BLOM MACAM DAPOR....

Harapan shaz semoga prktikal yang datang ni baik baik belaka....
Tak banyak songeh sangat....
Harap haraplah....dan semoga shaz boleh jaga anak2 ini...macam anak shaz sendiri....
INSYAALLAH...

Kemana menghilang...


Wahhh... lamanyer shaz x update blog....blog pon dh bersepah sepah....dh x teratur memang tak ada masa nak mengemas....maaf lah yer kalau ada sesape yg sakit mata nak tengok blog shaz.....bukan shaz sengaja tak nak update....tapi masa dan keadaan tak mengizinkan....ni pon shaz update pakai handphone jer....dah cuti raya cina rasanya nak seminggu...pastu balik kampung plak...sebelum tu sbok menguruskan gaji pekerja....maklumlah hujung bulan....hiihihi...pastu balik kampung plak....faham2 lah kalau line tenet kat kampung cmner kan....yg dudok bandar lainlah....ni jauh di pendalaman....mana naj carik?????....kihkihkih...

WINDOW 8

Wah... best jugak window 8 ni kan...sesape yg dh upgrade mesti tahu kebestannyer.....hihihi...ayat apa ni????...hihi...
Shaz nak terangkan pon x reti sgt ni....nak ajar pon shaz tak pandai....yg best kalau laptop kita pakai touch screen lagi best...sebab dia bnyak main tetikus......nk jugak beli laptop touch screen ni....tp blom mampu lagi.
....jenama lain dalam 3k....buat masa ni hnya asus jer yg mampu beli....tapi x minat sgt ngan jenama asus ni.....shaz ada tengok yg jenis flip....monitor siap boleh pusing2.....fuhhhh best best.....memang smart.....tapi biasalah kan gadget2 ni....yg mula2 mesti x best sgt.....tgu dh lama skit keluaran baru bleh nak beli....bnyak skit yg dh upgrade....kalau tak nanti..baru beli dah kluar yg baru....kan dah x best....hihihi...

Buat masa ni shaz masih dalam pembelajaran window 8 ni...banyak mende nak kena belajar lagi....dh rasa mcm android plak laptop ni....

Kalau rasa ada mende yg boleh dikongsi bersama....lebih elok kan...dri tahu seorang diri....hihi...shaz ni pantang kalau nmpak benda baru ni....

Wajah baru..



Alzaku berwajah baru.....padahal dh lama dh beli....baru skarang ada rezeki nak pkai kan skirt kat dia....slama ni dok tayang bontot jer...hahahahaha...aptb..
Ok lah x der lah mahal dari yang lain lain kedai...dah puas cari kat mana kedai leh dapat murah....usha punya usha...dapat kat semenyih...hihihi..x per lah jauh skit...janji murah...harga dari kilang....




Ni gambar sebelum pasang...

Ni tengah pasang....



Opsss!!!...gambar selepas tak tangkap lagi..hihihi....nnti shaz upload yer...

lepas ni ingat nak letak stiker plak...tapi masih tgh fikir...nak letak floral atau line saje.....nak matchkan ngan warna unggu pink.....cantik tak???
Korang ada tak mana2 tempat untuk stiker ni....kedai biasa2 pon x per....kalau x der terpaksa lah pgi 
Tom's Sticker....

Hobi baru..


Nak tahu shaz skrang ada hobi baru...hihi.. namanya pengumpul housing..hihi.. 
Bukan apa...sbb bnyak pegi jalan2 jumpa housing cantik2...tu yg keluar minat nak kumpul tu....
Yg shaz pkai ni pon hanya untuk note 2 sahaja...
Pastu minat tgk eksesori yg letak kat lubang handsfree tu...korang tau tak...mula2 tgk citer korea...diorang letak kat handset tu...tu yg pergi carik jugak ....klu x slama ni memang tak tau ada pon....hahaha...tgk betapa lembap nyer saya ni....hihihi...ok nnti kita tgk lagi apa yg shaz kumpul...

NAK KURUS PLEEEZZZ..


KORANG ADA CARA TAK CARA KURUS DENGAN BERKESAN??

hahaha..ayat tak bleh blah...
Shaz dh macam2 guna produk dah... tapi x berkesan..
Tapi yg peliknyer..tak naik tak turun...
still macam tu jer...
shaz makan bnyak ke sikit ke... still macam tu..
dah tak tau nak wat cmner dah...

Nak senaman???... hahaha lagilah x der masa...
keje pon duduk jer...
x der aktiviti berjalan langsung...
aduh poning den...

Nak beli alat senaman... memang ada niat..
tapi rumah kcik...  dah xder tempat nak letak...

Nak pergi slimming centre,,...hahaha..
Aritu suami dah offer nak pg tak??..
memang boleh... tp bnyak baca kata kat forum ...
negatif dari positif....

SO CMNER LAGI????
WAAAAAA...!!!!!

LESEN MEMANDU


Dh beberapa hari ni sbok skit untuk nk update blog...nak tau nape?? sbb shaz skang sbok nak ambik lesen memandu....hahahaha...gelakkan shaz dulu..hihihi..
dah tua tua baru nak pi ambik lesen...
apa kes????..hihihi..

Selama ni bukan x nak ambik lesen...tetapi faktor keadaan, kewangan, dan kesibukan yg melampau itu yang tak memberi peluang untuk shaz mendaftar kelas memandu....hahahaha...
 Shaz pon daftar masih baru lagi dekat Amsar, Bangi...kalau korang taulah kan...
baru pg kelas kpp semalam...minggu depan baru nak pergi ujian berkomputer....
aduh..takutnyer rasa...

Dulu shaz pnah ambik dah kelas ni...tapi separuh jalan... sempat dapat L jer..lepas tu tunda tunda...hinggalah 2 tahun..sampai L pon dh mati..terpaksa ambik balik semula....hihihi...

Ok smpai sini jer update pasal ni...nnti kelas seterusnya shaz update lagi yer....
Lulus atau Gagal blom tahu lagi...aduh takutnyer....nak ambik SPM pon tak takut macamni...

P/S: Tolong doakan Shaz Lulus yer.....

CIK TA DAN ZAIN SAIDIN


CIK TA DAN ZAIN SAIDIN!!!!...
KORANG SUKA????....KALAU SHAZ LANTAK PI KAT DIALAH....hahahaha

KALAU DAH JODOH TAK SALAHKAN....
BENDA ELOK...ELOKLAH DIPERCEPATKAN KALAU DAH SUKA SAMA SUKA.....
CIK TA NI PON TAK NAMPAK TUA...
ELOKLAH KAHWIN CEPAT SEMENTARA ADA ORG NAK...hehehe..

LEPAS NI RAMAILAH VIP2..DATO2 MAKAN HATI X DAPAT CIK TA....
ABE MUDA JUGAK JADI PILIHAN.....

P/S :- suka ler tu zain dapat peluk cik ta...huhuhuhu





COMELNYER FASHA!!!

Comel tak fasha??
Comel kan...suka tgk dia mengandung...comel jer...hihihi
biasalah org cantik...gemuk2 pon tetap cantik....



Mesti anak dia comelkan...macam mak dia...

Semoga fasha melahirkan bayi dengan selamat nanti.....

FENOMENA MARSHABLE

Korang tau tak marshable???
Mesti tau kan??.. mustahillah tak tau...
jom try marshable plak... shaz ni memang x reti dok diam..
pantang jer ada app baru mesti nak try...
pastu dh lama lama boring plak...hahaha.. mcm fb.
masa mula nk cari kawan excited lah.. dh jumpa... biasa jer pon..
x derlah best mana...hahaha..

Shaz pon x tau apa yg best kat marshable tu...
tapi ramai di kalangan shaz ni dah ada marshable ni...
yg best tu lah ...boleh create page cantik2..mcm blog gak...
Boleh tgk tv...dh x pyh nak masuk astro dah...
hahaha... tpi tulah kan.. besa free ngan beli...
kepuasan memang x best...hahahaha....

Nak tau kena lah try dulu...
jom kita pi buat kat

PENAT BERJALAN

haa... harini baru boleh dh nak berblog balik...
sehari dua ni sbok skit.. biasalah hujung minggu kan...
anak sepupu dtg rumah... bawaklah pg jenjalan....

Tp x der pg mana pon... just KLCC jer..
Melawat Petrosains... ramai kanak kanak.. rasanyer tempat tu ler yg sesuai..
sebab x panas kalau tengahari buta...
hihihi.. dah rasa mcm rombongan kanak kanak tadika plak...
Cuba kira dah kanak kanak 7 orang..
dewasa 4 org.... x mcm cikgu skolah??... hahahaha...


SELAMAT HARI LAHIR ATAN

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU..

21 JANUARI 2007

Harini genap hari lahir anakku yang ke 2 berumur 6 tahun...
Dah besar dah anak bujang mama ni...
Namanya Shamierul Ashraff Bin Mohd Shrul..
Nama Panggilan Atan...hihi nama kampung atoknyer bagi sebab apa nak tau??
Sebab lambat sgt letak nama.. pastu letak nama panggilan atan.. dh atoknyer orang melaka..
nama tu jer lah yang glamor kot..haha




SEMOGA ANAK MAMA MENJADI INSAN YANG BERRGUNA DI MASA HADAPAN...
DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..
DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT...

MAMA DAN PAPA SAYANG ABANG .....

DEMAM BERBLOG


Sebelum tu nak tnya korang dulu....
Macam ni perasaan korang masa mula2 berblog???

Hahaha.. tak taulah klu aku ni jakun kot...hihi..
siang malam sbok ngan blog..
pantang ada masa terluang.. inilah kejenyer..
tpi bukan sebok nak post entry.. sbok dok baca kod kod HTML..hihihi
maklumlah shaz ni masih baru lagi dlm dunia blog ni.. tu yg mcm jakun skit...
baru nak belajar kod kod html ni.. korang yg lama lama mesti dh pro kan...

Shaz banyak lihat budak budak sekolah yg dh ada blog..
dh advance dh budak skrang..
zaman shaz dulu , masa skolah sbok dok pg perpustakaan klu nk cari bahan..
kalau time lepak pg padang permainan .. main bola chop..hahaha..
teringat zaman remaja dulu...
Tpi bagus jugakkan remaja kita ni berblog, dri melepak tak tentu hala...
sekurang kurangnyer dekat alam maya ni boleh berkongsi2 pendapat...

Berbalik pada cerita asal...
Kalau time cuti jgn ckplah... memang shaz x tdor mlm mengadap laptop ni...
dok belajar tutorial itulah inilah..
lama lama best jugak kan...
dapat pengalaman baru....

macam kakak sepupu shaz... wah dah maju dia... dh 2k folowers dia...
bagus2... nak tumpang glamor dialah boleh???.. hahaha..
dialah mentor shaz untuk berblog semula...hihiihi.. 
Thanks kak yang sebab bg semangat untuk berblog...waaahhhh.. gitu..
Yang ramai kat sini pon mesti kenalkan kak yang saya..


P/S JANGAN HAIRANLAH YER KALAU PAGE SAYA SENTIASA BERUBAH.....BARU NAK MENGENALI EDIT BLOG..

RUBY SLOT SAMARINDA TV3


Hari ni shaz nak review citer RUBY..
ala.. citer baru kat samarinda TV3 tu...
Lakonan Siti Saleha dan Sharnazz Ahmad..

Haaaaa... Mula mula tak berkenan gak nak tgk..
sbb ada sharnaaz ahmad ni...hihihi.. 
Ye la sebab dia ni kan suka berlakon panas baran, garang la..senang citer watak jahat lah kan...
Tapi berbeza dgn citer ni, watak dia agak klakar di situ..
gelihati plak tgk lakonan dia citer ni... ingatkan dia ni x pandai nk bawak watak camtu... comel jugak lah tgk sharnaaz dlm citer ni.. dalam citer sajer tau...hahahaha

"Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.
 Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013!"

Sesiapa rasanya blom berkesempatan tgk citer ni...
boleh lah tgk..serius x mcm citer sblom2 ni...konflik memanjang...
memang xboring citer RUBY ni..
xder masalah klu x tgk malam di TV3
boleh tgk ulangan online di

INFO ANAK


INFO PENTING

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.


Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:




❀ Pegang, riba & peluk dengan kasih sayang
❀ Bisikan anda sayang dia dan fahami perasaan dia.
❀ Baca ayat Quran (Contoh surah Toha ayat 1-5: Ayah pelembut hati) dan A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
❀ Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

dan paling penting!!

❀JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.
Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak

Note: Info berguna kepada admin, semoga berguna kepada semua juga, we love our child ^_^

p/s: Sila sebar2kan untuk manfaat bersama :)

Dibawakan khas oleh : Elya Store